Jenis-jenis Topologi Rangkaian
TOPOLOGI
Pengenalan
Topologi Rangkaian adalah penerangan skematik susunan rangkaian, menghubungkan pelbagai node (pengirim dan penerima) melalui talian sambungan.
Topologi Bintang (Star)
Topologi Bintang ini membolehkan penyambungan setiap node daripada komputer ke peralatan lain iaitu ke hub atau switch.Data yang dihantar dalam topologi bintang ini akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasi.Hub juga berfungsi sebagai pengawalan dan penyeliaan penghantaran data dalam rangkaian.Kabel yang digunakan adalah Terpiuh (Unshielded Twisted Pair) atau Gentian Optik (Optical Fiber).
Ciri-ciri
- Hub bertindak sebagai pengulang untuk aliran data.
- Boleh digunakan dengan kabel sambungan Twisted Pair,Gentian Optik atau Kabel Koaksial.
- Mudah untuk ditempatkan dan pemasangan kabel.
- Rangkaian agak sukar untuk diganggu ketika salah satu daripada sumber dialihkan.
- Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.
Kekurangan
- Jika Hub atau Concentrator gagal untuk berfungsi,maka node juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya.
- Kos pemasangan sangat tinggi.
- Mahal untuk digunakan.
Topologi Bas (Bus)
Toplogi Bas ini menggunakan satu kabel yang panjang untuk menyambungkan kesemua sumber di dalam rangkaian tersebut.Selain itu,Mesej atau Data yang dihantar akan pergi kepada semua komputer yang berada di dalam sistem rangkaian sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima Data atau Mesej.
Ciri-ciri
- Menghantar data hanya dalam satu arah.
- Setiap peranti disambungkan kepada satu kabel yang panjang.
Kebaikan
- Mudah untuk menyambungkan sesebuah komputer untuk peripheral kepada sesebuah topologi Linear Bus.
- Topologi ini amat mudah,murah serta mudah untuk dikendalikan.
- Kos yang rendah.
Kekurangan
- Sebarang masalah pada mana-mana node pada rangkaian tersebut boleh berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal untuk berfungsi.
- Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel.
- Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem rangkaian itu gagal berfungsi.
- Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.
Topologi Mesh
Topologi Mesh ini tidak sesuai digunakan sebagai LAN.Biasanya digunakan dalam WAN untuk penghubung LAN.Setiap node yang dihubungkan kepada node-node yang lain.Topologi Mesh ini membolehkan komunikasi terus berlangsung walaupun terdapat kesilapan di antara penghubung iaitu Fault Tolerant.
Ciri-ciri
- Siap sepenuhnya.
- Tidak mudah untuk dilengkungkan.
Kelebihan
- Menggalakkan Fault Tolerant.
Keburukkan
- Mahal
- Sukar untuk diuruskan
- Sukar bagi proses pembangunan
- Sukar untuk mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakkan.
Topologi Hibrid (Hybrid)
Topologi Hybrid adalah satu penyatuan di antara jenis topologi.Satu computer hos di paras atas sekali disambung ke beberapa komputer di paras seterusnya yang menyambungkan ke komputer-komputer di paras tiga.
Ciri-ciri
- Gabungan dua atau lebih topologi.
- Mempunyai sifat kebaikan dan keburukkan topologi.
Kelebihan
- Boleh menggabungkan dua atau lebih rangkaian topologi yang berbeza.
- Boleh digunakan untuk persekitaran rangkaian yang berbeza.
- Membolehkan penyesuaian cara rangkaian ditubuhkan untuk mencapai matlamat tertentu.
Kekurangan
- Pengurusan rangkaian agak sukar,kerana penggabunggan beberapa jenis topologi menyebabkan struktur rangkaian menjadi rumit dan sukar difahami.
- Kos pembinaan topologi ini agak mahal.
- Kos penyelenggaraan rangkaian juga agak mahal.
Topologi Cincin (Ring)
Topologi Cincin merupakan topologi tertua.Ia juga diperkenalkan dengan pensuisan analog dan digital yang digunakan dalam sistem telefon.
Ciri-ciri
- Setiap terminal di Ring Rangkaian Topologi adalah pengulang yang boleh melakukan 3 fungsi, iaitu penyisipan data, iaitu proses data yang dimasukkan ke saluran transmisi, penerimaan data yaitu proses terminal tujuan telah mengambil data dari saluran, pemindahan data yaitu proses pengiriman data diambil kembali oleh terminal pengiriman karena tidak ada terminal yang menerimanya.
- Topologi Cincin berfungsi hampir sama dengan penumpu sebagai pusat kabel terakhir untuk setiap komputer yang disambungkan.
Kebaikan
- Penghantaran data laju.
- Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
- Masa untuk mengakses data optimal.
- Komunikasi antara terminal mudah dan tiada perlanggaran (collision) data.
Kekurangan
- Jika kabel utama bermasalah maka rangkaian juga tidak dapat berfungsi.
- Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
- Sukar untuk menggesan sebarang punca kerosakkan.
Topologi Pokok (Tree)
Topologi Pokok ini merupakan penggabungan jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adlah bergantung kepada topologi,protokol dan saiz yang digunakan.
Ciri-ciri
- Gabunggan diantara topologi bintang dan bas.
Terdapat 3 jenis kabel iaitu:
- Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable)
- Shielded Twisted Pair (STP)
- Unshielded Twisted Pair Cable (UTP)
- Unshielded Twisted Pair Cable (UTP)
- Kabel Gentian Optik (Fiber Optic)
Comments
Post a Comment