Penyelenggaraan Rangkaian

Network Maintenance

Pada hari selasa yang lalu iaitu 09/07/2019 telah berlangsungnya aktiviti amali penyelenggaraan rangkaian.Oleh itu,setiap pelajar telah diasingkan bagi melakukan aktiviti amali tersebut bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pada sambungan ranngkaian tersebut.Justeru itu,saya dan kawan saya telah melaksanakan amali tersebut bagi memulihkan sambungan rangkaian ke setiap kohort.Sepanjang kami melaksanakan amali tersebut terdapat beberapa masalah yang telah kami dapati melalui pemeriksaan visual seperti susunan kabel Unshielded Twisted-Pair atau Shielded Twisted-Pair tidak tersusun dengan betul,kedudukan modem tidak ditempatkan di kawasan yang betul dan kekemasan pada kawasan tersebut tidak dijaga.Setelah itu,ianya melibatkan penggantian atau pembaikan sistem atau komponennya setelah sistem utama bermasalah.Di samping itu,penyelenggaraan itu dapat dilaksanakan setelah pemeriksaan ini sudah diperiksa secara visual dan penyelenggaraan ini hanya dapat dilakukan di bilik Komputer Server dan CCTV kerana komponen yang ingin diselenggara tersebut berada di lokasi itu yang mana ianya berada di Makmal Fedora Kolej Vokasional Lahad Datu.

Aktiviti tersebut telah kami laksanakan pada waktu pagi. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu yang paling sesuai untuk melakukan amali bagi mengetahui sebarang keadaan ketika melakukan preventive dan corrective yang mana pada waktu petang agak kurang sesuai kerana ianya mempengaruhi mental dan fizikal. Oleh itu, kami telah melakukan seperti yang telah diarahkan oleh pensyarah kami untuk melakukan aktiviti seperti mengemas terlebih dahulu sebelum memulakan amali. Seterusnya, komponen yang telah kami bersihkan adalah Switch, Modem dan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang disebabkan oleh habuk dan terlalu lama sudah tidak dibersihkan dan digunakan.

Di samping itu, terdapat beberapa lagi komponen yang kami tidak ketahui seperti komponen sambungan kabel telefon yang mana ianya merupaka Rj 11. Oleh itu, kami juga menyusun secara kemas kabel-kabel yang pernah digunakan pada tahun-tahun lalu kerana, kabel tersebut tidak tersusun dengan rapi. Justeru itu, kami mengikatnya menggunakan cable tie. Maka itu, setelah sudah selesai membersih dan mengemaskan komponen-komponen yang berada di Makmal Fedora iaitu dibilik Komputer Server dan CCTV kami menguji setiap satu kabel Rj 45 tersebut sama ada masih boleh menyambungkan rangakaian atau tidak kerana ianya digunakan untuk menyambungkan rangkaian ke makmal Redhat yang mana sambungan Rj 45 itu menuju ke bilik Encik Kasius Kien. Akhir sekali, kami membuat tugasan laporan yang telah dibagi oleh pensyarah kami.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Topologi Rangkaian

Jenis-jenis Server

Jenis-jenis Printer