Amali Pembinaan Rangkaian

Objektif Amali
Pada 06/08/2019, kami sekelas telah dikehendaki untuk membuat satu kabel Straight bagi melakukan sambungan di antara komputer ke komputer. Amali tersebut telah kami lakukan di makmal Fedora Information, Communication and Technology Kolej Vokasional Lahad Datu - Sandakan, Sabah yang berada di Blok Kejuruteraan. Oleh itu, setiap daripada kami telah mengambil bahagian bagi membuat satu kabel Straight iaitu mengukur terlebih dahulu Kabel Rj-45 bagi memudahkan pemasangan Rj-45. Selain itu, kami telah diarahkan untuk mengambil kabel yang telah diukur tersebut.

Seterusnya,kami mengikut prosedur yang selamat iaitu membuat sambungan kabel dengan Rj-45.Setelah itu, kami telah membuat pengujian dengan menggunakan cable tester dan sambungan komputer ke komputer dengan menggunakan "Command Prompt".

Selain itu, kami juga dikehendaki untuk membina pelan lantai bagi menentukan kedudukan pemasangan rangkaian di makmal Redhat dan jenis topologi yang boleh digunakan didalam makmal redhat dan sesuai dengan kawasan.


Di samping itu, kami juga dikehendaki untuk membuat satu kertas kerja atau laporan bahawa kami telah melaksanakan tugasan tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan semasa amali tersebut dilaksanakan.

Akhir sekali, kami diminta untuk menyambungkan kabel Rj45 yang telah dibuat itu disambungkan ke Switch, kemudian Switch disambungkan ke Router.


Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Topologi Rangkaian

Jenis-jenis Server

Jenis-jenis Printer